Strategi Dakwah Rasulullah

20

Siang sobat ca'oni prend ,kali ini saya akan memposting tentang sejarah dakwah rasulullah di Madinah.Hal ini patutlah kita pelajari karena rasulullah meperjuangkan islam untuk meberi tau bahwa islam itu agama yang benar.

Beberapa strategi dirangka khusus setibanya Rasulullah s.a.w di Madinah. Semua strategi berpandukan kepada arahan dan tindakan Rasulullah s.a.w serta pengiktirafan baginda terhadap ide-ide daripada para sahabat baginda.
Masjid merupakan institusi dakwah pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w setibanya baginda di Madinah. Ia menjadi nadi pergerakan Islam yang menghubungkan manusia dengan Penciptanya serta manusia sesama manusia. Masjid menjadi lambang akidah umat Islam atas keyakinan tauhid mereka kepada Allah s.w.t.Pembinaan masjid dimulakan dengan membersihkan persekitaran kawasan yang dikenali sebagai ‘mirbad’ dan meratakannya sebelum menggali lubang untuk diletakkan batu-batu sebagai asas binaan. Malah, Rasulullah s.a.w sendiri yang meletakkan batu-batu tersebut. Batu-batu itu kemudiannya disimen dengan tanah liat sehingga menjadi binaan konkrit.Masjid pertama ini dibina dalam keadaan kekurangan tetapi penuh dengan jiwa ketaqwaan kaum muslimin di kalangan muhajirin dan ansar.
Di dalamnya, dibina sebuah mimbar untuk Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah dan wahyu daripada Allah. Terdapat ruang muamalah yang dipanggil ‘sirda’untuk pergerakan kaum muslimin melakukan aktiviti kemasyarakatan.[2] Pembinaan masjid ini mengukuhkan lagi dakwah baginda bagi menyebarkan risalah wahyu kepada kaum muslimin serta menjadi pusat perbincangan di kalangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat tentang masalah ummah.
Rasulullah SAW mengeratkan hubungan di antara Muhajirin dan Ansar sebagai platform mempersatukan persaudaraan di dalam Islam. Jalinan ini diasaskan kepada kesatuan cinta kepada Allah serta pegangan akidah tauhid yang sama. Persaudaraan ini membuktikan kekuatan kaum muslimin melalui pengorbanan yang besar sesama mereka tanpa mengira pangkat, bangsa dan harta. Selain itu, ia turut memadamkan api persengketaan di kalangan suku kaum Aus dan Khajraz.[3]
Madinah sebagai sebuah Negara yang menghimpunkan masyarakat Islam dan Yahudi daripada pelbagai bangsa memerlukan kepada satu perlembagaan khusus yang menjaga kepentingan semua pihak. Justeru, Rasulullah s.a.w telah menyediakan sebuah piagam yang dikenali sebagai Piagam Madinah bagi membentuk sebuah masyarakat di bawah naungan Islam.Piagam ini mengandungi 32 fasal yang menyentuh segenap aspek kehidupan termasuk akidah, akhlak, kebajikan, undang-undang, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain. Di dalamnya juga terkandung aspek khusus yang mesti dipatuhi oleh kaum Muslimin seperti tidak mensyirikkan Allah, tolong-menolong sesama mukmin, bertaqwa dan lain-lain.
Selain itu, bagi kaum bukan Islam, mereka mestilah berkelakuan baik bagi melayakkan mereka dilindungi oleh kerajaan Islam Madinah serta membayar cukai.Piagam ini mestilah dipatuhi oleh semua penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan Islam. Strategi ini telah menjadikan Madinah sebagai model Negara Islam yang adil, membangun serta digeruni oleh musuh-musuh Islam.
Peperangan merupakan strategi dakwah Rasulullah di Madinah untuk melebarkan perjuangan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Strategi ketenteraan Rasulullah s.a.w digeruni oleh pihak lawan khususnya puak musyrikin di Mekah dan Negara-negara lain. Antara tindakan strategik baginda menghadapi peperangan ialah persiapan sebelum berlakunya peperangan seperti pengitipan dan maklumat musuh. Ini berlaku dalam peperangan Badar, Rasulullah s.a.w telah mengutuskan pasukan berani mati seperti Ali bin Abi Talib, Saad Ibnu Waqqash dan Zubair Ibn Awwam bagi mendapatkan maklumat sulit musuh.[4] Maklumat penting musuh memudahkan pasukan tentera Islam bersiap-sedia menghadapi mereka di medan perang. RasUlullah s.a.w turut membacakan ayat-ayat al-Quran bagi menggerunkan hati-hati musuh serta menguatkan jiwa kaum Muslimin.
Antara firman Allah Taala bermaksud:
Rasulullah S.A.W turut mengambil pandangan daripada para sahabat baginda dalam merangka strategi peperangan. Sebagai contoh, dalam peperangan Badar, baginda bersetuju dengan cadangan Hubab mengenai tempat pertempuran. Hubab mencadangkan agar baginda menduduki tempat di tepi air yang paling dekat dengan musuh agar air boleh diperolehi dengan mudah untuk tentera Islam dan haiwan tunggangan mereka. Dalam perang Khandak, Rasulullah s.a.w bersetuju dengan pandangan Salman al-Farisi yang berketurunan Parsi berkenaan pembinaan benteng. Strategi ini membantu pasukan tentera Islam berjaya dalam semua peperangan dengan pihak musuh.
Rasulullah s.a.w mengutuskan surat dan watikah kepada kerajaan – kerajaan luar seperti kerajaan Rom dan Parsi bagi mengembangkan risalah dakwah. Semua surat dan watikah diletakkan cop yang tertulis kalimah la ila ha illahlah wa ana Rasullah[5] Tujuannya adalah untuk menjelaskan kedudukan Rasulullah s.a.w sebagai utusan Allah dan Nabi di akhir zaman. Dalam watikahnya, baginda turut menyeru agar mereka menyembah Allah dan bersama-sama berjuang untuk Islam sebagai agama yang diiktiraf oleh Allah. Kebanyakan watikah baginda diterima baik oleh kerajaan-kerajaan luar. Contoh surat Nabi kepada Raja Parsi :Nabi mengutuskan Abdullah bin Huzaifah bin Saham yang membawa surat kepada Kaisar Humuz, Raja Parsi yang bunyinya sebagai berikut :
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dari Nabi Muhammad Rasulullah kepada Kaisar penguasa Parsi. Semoga sejahtera kepada sesiapa sahaja yang mengikut pimpinan Allah dan beriman kepadaNya dan rasulNya dan bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah yang Esa tidak ada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan rasulNya.“Saya mengajak anda dengan ajakan Allah kepada umat manusia dan untuk memperingatkan manusia yang masih hidup, bahawa siksaan akan ditimpakan atas orang-orang kafir. Masuklah Islam dan hendaklah menerimanya. Jika anda menolaknya, maka berdosalah bagi penyembah api.”[6]
Hubungan luar merupakan orientasi penting bagi melabarkan sayapdakwah. Ini terbukti melalui tindakan Rasulullah s.a.w menghantar para dutanyake negara-negara luar bagi menjalinkan hubungan baik berteraskan dakwah tauhidkepada Allah. Negara-negara itu termasuklah Mesir, Iraq, Parsi dan Cina.Sejarah turut merakamkan bahawa Saad Ibn Waqqas pernah berdakwah ke negeri Cinasekitar tahun 600 hijrah. Sejak itu, Islam bertebaran di negeri Cina sehinggakini. Antara para sahabat yang menjadi duta Rasulullah ialah Dukyah Kalibikepada kaisar Rom, Abdullah bin Huzaifah kepada kaisar Hurmuz, Raja Parsi,Jaafar bin Abu Talib kepada Raja Habsyah.[7]Strategi hubungan luar iniditeruskan pada pemerintahan khalifah Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.Sebagai contoh, pasukan Salehuddin al-Ayubi di bawah pemerintahan BaniUthmaniah telah berjaya menawan kota suci umat Islam di Baitul Maqdis.Penjajahan dan penerokaan ke Negara-negara luar merupakan strategi dakwahpaling berkesan di seluruh dunia.
mohon bantuan kliknya sobat.

Posting Komentar

20Komentar

#Gunakan nama/Url sobat untuk mempermudah saya.
#Hanya komentar dengan artikel terkait.
#Spam dilarang penuh.
#Tidak boleh menaruh link hidup/mati
#Dilarang copas (copyright 2012-2030)
#DIMOHON BANTUANNYA NGE-KLIK IKLAN DI ATAS *smile
#Pertamax tidak diamankan penulis

  1. Waah Rasulullah memang Dahsyat Bener.. strtaegy uang beliau lakukan telah berhasil mengislamkan sangat banyak manusia... Subhanalah,,

    BalasHapus
    Balasan
    1. allah hu akbar

      emang manusia nomer satu di dunia itu nabi Muhammad SAW

      Hapus
  2. terima kasih banyak untuk strategi dakwa rasululullah sobat, semoga nanti bisa diterapkan sobat...

    BalasHapus
    Balasan
    1. iya sobb
      beliau merupakan pedoman bagi umat islam di seluruh dunia

      Hapus
  3. banyak ya cara dakwahnya. tp maksud kotak angka seperti [3] itu apa ya.

    BalasHapus
  4. dulu jaman nabi, massssjid di jadikan central ya, di jadikan tempat dakwah sekaligus menyusun strategi. tapi sekarang, masjid hanya jadi tempat solat. itupun bagi yang solat, yang engga, entah kemana sekarang.

    BalasHapus
    Balasan
    1. iyaa sobbb makin zaman ke belakang orang mulai kurang perduli

      Hapus
  5. Menambah pengetahuan dan pemahaman tentang perjuangan dakwah Rosulullah dulu. Share yang sangat mantaf Sobat

    BalasHapus
    Balasan
    1. terimakasih sobattt
      and thank udah comment

      Hapus
  6. Wahh.. Boleh juga sejarah islamnya sob... Thanks Tulisannya.. Boleh ngajar SKI Sob..hehe

    BalasHapus
  7. mencari kesejukan di tengah gersangnya hari ahad.. :)

    menuju ramadhan juga.. :)

    BalasHapus
    Balasan
    1. hehehe iya sobb
      sebagai siraman rohani menuju bulan romadhan

      Hapus
  8. selain ahli ibadah Rasululloh juga ahli siasat perang gan... beliau sebaik-baiknya suri tauladan

    BalasHapus
  9. nabi muhammad memang nabi yang patut di jadikan suri tauladan

    BalasHapus
Posting Komentar